Menyemai ros melalui keratan batang

December 04, 2016

Pagi petang siang malam hujan. Sekejap2 lebat. Kempunan rozi nak berkebun. Sempat la juga curi2 keluar belek2 ros kesayangan rozi yg sedang membesar. Habis terkulai batang ros yg lembut tu. Tapi nasib baik masih selamat dari diserang penyakit. Maklumlah musim hujan ni banyak kemungkinan terkena serangan serangga dan kulat. Biasanya black spot yg suka sgt attack ros rozi. Tapi itu semua dlu. Tahun pertama rozi menanam ros. Sejak dipindahkan ke tanah, bukan hanya cepat tumbesarannya tapi sihat langsung tak terkena penyakit. Alhamdulillah seronok sgt. Dah lah asyik berbunga je. Sayang sgt tau.



Rozi mmg plan klu ketiga2 ros rozi yg first rozi blja tanam tu hidup dgn jayanya baru rozi nak tmbh ros lain. Dan sekarang rozi ada 12 jenis ros tak termasuk yg baru rozi semai. Rozi tmbh satu2..xnk terover excited sgt. Yg penting ros yg rozi tanam tu menjadi. 2 je rozi ltak dlm pasu. Tu pun spesis renek. Yg lain seme rozi pindahkan ke tanah. Mostly ros ni dari cameron kecuali dua jenis ros kampung pastel pink dan putih. Yang ni jenis memanjat. Halus je batangnya. Yg ni payah jugak kot nk dpt kat nursery. Sbb mmg tak sesuai duk dlm pasu. Yg jenis ni amik dgn MIL. Satu pohon dh selamat membesar ats tanah. Lagi beberapa pasu masih dlm proses semaian. Tak de idea lagi nak pindah ke tempat mana.



Rozi ni kan jenis suka susun..xsuka bersepah2..jadi kat garden tu rozi masih nak mnyusun tau. Pening mula2 dlu pikir cara nk organize pasu2 & tempat nak menanam. Alhamdulillah layout dh ada just nk penuhkan port2 yg disediakn je. Nanti rozi share projek DIY garden rozi yer termasuk skali DIY garden pond. Fuhh semua menda klu boleh rozi nak DIY..ye lah rozi bkn berduit pn..hidup hrp gaji en.suami je. Kebelakangan ni je rozi sibuk dgn mendesign. Alhamulillah rezeki anak2..setiap payment rozi dpt rozi dh ckp siap2 kat en.suami rozi nk beli bunga..hehe..tp xleh tamak2 beli bunga ni. Make sure menjadi dlu baru sibuk nk menambah. Skrg dh reti menyemai keratan batang apa lagi, bertambah2 lah koleksi ros rozi nanti. Cuma beberapa proses lain je blum buat..TUT ke apa tu..mls lagi lh nk blaja. Biar berjaya satu2.. skrg rozi sgt puas hati bila ros2 kesayangan rozi berbunga riang ria dan tak berpenyakit.

Ok jom rozi share skit cara rozi buat keratan batang ros ni. Very simple step tau. 

medium tanah yg rozi gunakan kali ni adlh tanah jenis semaian yg boleh dibeli di mana-mana nursery. yang ni rozi beli kat peladang. rozi nak jimat tanah so rozi campurkan dengan cocopeat/habuk kelapa. tanah semaian tu RM6 utk 3 KG dan cocopeat RM6 satu guni besar. jimat kan. actually rozi mmg suka guna cocopeat ni sbb cocopeat akn memegang air tapi saliran perfect xde bertakung air.. ruang udara pn ok..klu tanah semata-mata lama2 kena gemburkan tanah tp jenis cocopeat ni xperlu. cocopeat ni pn sgt ringan. sesuai untuk pokok jenis gantung. so, rozi campurkan kedua2 medium ni sama banyak. 



cocopeat yg rozi maksudkan tu

oh yer sebelum rozi sediakan medium tanah, rozi terlebih dahulu sediakan keratan batang ros.. potong secara serong yer. pilih bahagian batang yg keras atau tua. kalau lmbt lg nak tanam eloklah rendam dulu keratan batang tu. mcm yg rozi buat ni sbb hari tu ingtnya nak terus tanam. lepas tu tak jadi sbb cocopeat x ckup. so, rendam la sekejap dlm air. 

untuk meningkatkan kadar kejayaan, rozi guna serbuk penggalak akar yang dibuat khas untuk membantu proses pertumbuhan akar. setahu rozi ada beberapa jenis. ada juga jenis cecair. tapi rozi guna ni je. caranya, basahkan bahagian bawah batang ros tu, kemudian celup dlm serbuk tu then terus masukkan dlm tanah. sebelum masukkn kedlm tanah, buat lubang terlebih dahulu. supaya bahagian bawah yg kita celup tu tak terjejas atau dlm keadaan baik. lepas masukkan kedlm tanah, tutup lubang tu. tak perlu padat2kan sgt. tutup biasa2 je. 

keratan batang ros yg sedia untuk disemai 

yang hujung sebelah kanan tu keratan batang bunga siti khadijah atau hydrangea..tumpang semai skali alang2 rajin menyemaikan..huhu

serbuk yg untuk bantu proses tumbuh akar. maaf tak ingt apa namanya sbb dh basah label tu duk bwh hujan. 


okay, dah siap semuanya, boleh lah letakkn pasu2 tu kat tempat yg teduh..betul2 teduh yer..jgn ingt bawah atap dh kira teduh skali matahari terik kena pulakkn..mak sure tak kena matahari lh..dh keluar tunas nanti bolehla slow2 alihkan bawah matahari dan boleh letak baja..



yang ni semaian yg dh berjaya hidup..tgh tunggu besar baru pindahkan ke tanah..ni jenis kampung tinggi dan memanjat mmg tak sesuai duk dlm pasu.

Okay, itu je yg dpt rozi kongsikan. lain kali rozi nak cuba kaedah2 lain pulak. kalau berjaya nanti rozi share yer..slmt berkebun!!






You Might Also Like

2 comments

  1. cantiknya bunga ros. mesti seronok kan tumbuhan yang kita dah tanam, membesar dengan sangat baik dan sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer..sgt2 bahagia rasa..hilang stress pg2 tgok ros2 ni :)

      Delete

Popular Posts

Like My Page

Text Me

Subscribe