Pelajaran hidup dari mendaki gunung

October 18, 2016

Assalamualaikum...

Mlm ni tergerak hati nak up satu entri..padahal bersusun lagi entri kat draft tu..last2 entri ni jugak rozi up..saja nk throwback sikit berkenaan aktiviti yang pernah rozi tergila-gilakn waktu single2 dlu..ehh skrg pun minat lg tau..tapi rozi redha dengan keadaan rozi skrg..sebagai isteri dan mama kpd dua ank yang masih kecil membataskan aktiviti tu.. Lebih kurang 10 tahun yg lalu rozi mula mendaki gunung.. Dari situ lah rozi bnyk kenal ramai kawan-kawan sbb style rozi, rozi just join mana-mana group pendaki yg berbeza..even kenal online..member atas member..rozi hentam saja. Tak reti takut masa tu..risau arwah mak barangkali time tu anak dara bongsu dia kesana kemari sorang diri..dah lah beraktiviti lasak macam tu pergi pulak dengan orang tak kenal. Sebab tu last sekali bila rozi cakap member gunung ajak kahwin arwah bukan main excited. Biarpun dia tak kenal orangnya yg melamar, bersungguh betul dia suruh aku terima lamaran tu. Sebab arwah mak memang kalau boleh nak rozi kahwin dengan orang yang sama minat macam rozi. Katanya senang nanti boleh terus mendaki dan ada orang jaga rozi..

Hmm, actually rozi nak cerita pasal lain. Ohh yer org yg melamar tu dahpun slmt menjadi en.suami rozi..tapi dia tak aktif sgt mendaki jadi kempunan lah si isteri nak mendaki banyak lagi gunung kat malaysia..asyik2 gunung sama je kitorang redah..hmmm ok lah tu dr xde langsung kn..hehe

Cerita mlm ni pasal apa yg rozi dapat dari aktiviti-aktiviti mendaki gunung selama ni..

1st rozi nak cerita sinopsis/ ringkasan cerita pendakian rozi. Ini rozi amik dari pendakian gunung2 yang memakan masa dalam 5 ke 6 hari dan ketinggian 6000 kaki keatas.


 sunrise dipuncak gunung sentiasa ditunggu2.. hadiah dari sebuah kepenatan..

Dari mendaki gunung ni lah rozi dapat kenal pelbagai ragam manusia, kawan-kawan dari seluruh pelusuk negeri dan yang paling best rozi dapat pergi ke tempat-tempat seperti kampung orang asli yang mana kami terpaksa menaiki 4x4 untuk sampai kesitu. Lebih kurang 2 ke 4 jam perjalanan meredahi jalan balak baru kami tiba di kampung orang asli. Perjalanan 4x4 sepanjang jalan balak dimana kebiasaannya kami duduk dibelakang bersama timbunan beg. Kalau tidak kerana aktiviti mendaki ni entah bila rozi boleh kenal kampung orang asli yang jauh di dalam hutan. Ada satu kampung tu kami perlu meredahi hutan dulu baru sampai. Biasanya, kampung orang asli ni adalah starting point untuk kami mula mendaki pada keesokan harinya. Bayangkan betapa terujanya rozi masa mula2 mendaki dulu. Pengalaman baru dalam hidup.



4x4 meredah jalan balak..

permulaan mendaki..

kampung orang asli jauh didalam hutan..

pagi dipuncak gunung

 beg ni ni selamat dipindah milik sbb rozi xnk simpan brg yg rozi dh xguna..rozi plan nk carik yg kecik2 je kn skrg rozi dh ada en.suami..padan muka dia biar dia bwk brg rozi..haha..


Kerisauan pun ada bila mana rozi kena mendaki dengan orang-orang asing yang baru dikenali sewaktu dalam perjalanan menaiki keretapi berjam2 sebelumnya. Tak sempat kenal. Mahu tak risau bila kena trekking dengan kakak2 dan abg2 yang nampak macam berpengalaman dan sgt2 fit la kata org. Sedangkan rozi ni dah lah slow, tak kenal orang main join je. Tapi semua tu sementara je. Untung la rozi ni jenis friendly jugak la. Kejap je jadi kawan. Bila dah mula mendaki tu kami saling mengenali..ehh tetiba je jadi teman tapi mesra. Huhu...bayangkan hutan rimba yang jauh dari manusia hanya ada kami2 je. Jadi kami akan jadi rapat secara tak langsung sbb kami saling memerlukan. Tapi seronok jadi orang baru dan dan dan jadi perempuan. Sebab apa tau. Sebab perempuan usually tak ramai dari dalam satu2 ekspedisi. Jadi biasanya laki yang masak and prepare everything..wahhh seronok gitu..layan penat je kita..haha..

Itu cerita yang best2 je..yang perit tapi indah adalah disepanjang pendakian. Macam2 pengalaman yg tak dapat dilupakan ada disepanjang pendakian. Ada ketika tu kaki rozi terbenam dalam lumpur sehingga ke paras peha. Dan yg best bila dh mula berada pada ketinggian 6000 kaki keletihan mula terubat sbb suhu yang sgt dingin, angin segar, lumut yg menhijau dh mcm cerita the lord of the ring gitu..kaki just pijak ats lumut je..ishh tersenyum ni sambil menaip..rindunya tuhan saja yg tahu. Rozi sebenarnya geli sgt ulat. Sampai arwah mak pelik sgt mcm mana rozi nk masuk hutan sbb klu tgok ulat sampah sekor je pn dah jadi patung tak bergerak..menjerit tak yah ckp la. Inikan pula nak berdepan dengan pelbagai jenis ulat especially pacat kat dalam hutan. To tell you the truth, sepanjang 10 tahun rozi masuk hutan tak lebih 5 kali rozi kena pacat. Tu pun sbb mulut berlagak sgt..amik kau dh kena..haha..ye lah pelik jugak org lain kena tapi rozi tak. Maybe jenis darah kot. Huhu..

Siang malam kami habiskan waktu berjalan dalam hutan turun naik bukit, menyeberang anak sungai, rehat dan meneruskan pendakian. Lelah tak yah cakap la.. Tapi kaki tetap melangkah walaupun dah longlai. Selut dah tak heran tambah lagi hujan yang mencurah. Tetap kami redahi. Bila dah sampai pada ketinggian 6000kaki badan mula menggigil setiap kali berhenti rehat. Lalu perjalanan tetap diteruskan untuk sampai ke destinasi terakhir iaitu puncak. Biasanya kat gunung tak ada punca air jadi kami kena angkut air dari last water point. So, kena berjimat2 la air yg dibawa tu. Untung nasib adalah air dlm lopak2 kayu..klu tak selera nk minum mcm tu je, kitorang buat air milo/horliks ke br tak nampak sgt color air asal tu..haha




kawan2 dipergunungan..hanya digunung.. :D

Mendaki gunung sgt2 lah penat. Hari pertama muka ketat je..senyum mmg tak ar..huhu..masuk hari kedua dah mula ada stamina baru lah layan sikit trek. Padan la muka rozi, orang exercise kita main redah je..stamina entah kemana..haha..kat hutan yang paling terbayang dalam kepala milo ais & teh ais..fuhhh tapi best mendaki ngan otai2..menu masakan bukan calang2 tau. Nasik lemak ada & klu tak silap ayam masak lemak cili api ek..huhu ntah lah lupa..10 tahun yg lalu punye cerita.huhu

Tak da gambar yg menarik sgt masa on trek sbb rozi klu kaki melecet terus jadi garang dari singa betina..hehe..klu tak mulut potpet tak henti ehh mcm tak penat pulak dia..padahal penat wooo...i kn friendly..hahah...Biasanya, persahabatan kami berakhir sejurus berakhirnya satu2 trip pendakian. Dan disambung kembali bila jumpa next trip..sampai kehari ni macam gitu..tu lah orang ckp  “member gunung”..

Hoi, panjang pulak sinopsis kau rozi. Sinopsis mana ada panjang gitu..haha..pendek la tu..panjang lg ceritanya..terlalu bnyk nk diceritakan. Klu berminat nk tahu apa yg terjadi.disetiap pendakian boleh try click coretan dari hutan or hiking trip

Okay, kesimpulannya..apa yang terbentuk dari kesemua pengalaman mendaki ni pada diri rozi hari ni??

1.    Rozi lebih berkeyakinan dan berani berdepan dengan orang-orang yg rozi tak kenal, tempat baru yg rozi tak pernah pergi. Cth, last 2008 rozi fly balik Malaysia dr Manchester sorang2..dh la ckp omputih terabur, pastu kena stop kat dubai dlu transit..nasib tak terlepas flight ke malaysia..

2.    Rozi lebih mentally strong..hah yg ni mmg sgt2 berkesan. Cth, lepas rozi kahwin 2009 rozi pregnant pastu rozi further study kat melaka..rozi bwk motor tau time tu smpi rozi sarat 7 bulan..sorang2 je kat sana. Ehh bukan tu je dengan selamba je rozi bwk beg gunung yg besar dr tuan tu hampir 2 KM dgn beg laptop galas depan lg pergi carik umah sewa. Rozi penat rozi selamba duduk tepi jln. Naik motor tgh hujan ape ada hal..hahah..itu dlu..skrg pun sama..klu ada yg follow status rozi kat FB tahulah who i am kot..

3.    Semangat..semangat..semangat.. Abg ipar rozi pernah ckp, kalau gunung boleh daki apatah lagi kehidupan yang mencabar ni kn..yer, bila rozi imbas betapa kuatnya semangat rozi nak sampai ke puncak walaupun penat, sakit dan lelah yg teruk rozi masih mampu melangkah. Semua itu rozi cuba bawa dalam kehidupan rozi skrg. Tapi masih lg mencuba untuk melangkah lebih gagah..

4.    Bnyk sbnarnye pengalaman dari mendaki gunung yg telah membentuk diri rozi yang baru..seingat rozi masa sekolah menengah selalu lah org ckp rozi lembik..lembik..arghh, rozi berazam time tu, rozi nak atasi semua tu. Mentang2 la rozi tak aktif dlm sukan sekolah..hmm alhamdulillah masa diploma, rozi terjerumus dlm aktiviti2 mendaki ni. Pastu kn rozi jumpe balik dgn kawan2 lama yg selalu perli rozi dulu..diorang tak percaya arghh rozi daki gunung..ehhh ingat aku “petit/rendah” aku tak boleh ke..hihi..

Ok dahh,, ckup disini..ada ke yg baca sampai ke ayat last ni..rajin uols...thanks..

finally, mendaki hanya klu ada dia..en.suami... *ditempat yg pernah viral dlu..sungai bangang..




You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like My Page

Text Me

Subscribe