Cara tanam pokok pegaga

September 14, 2016

Assalamualaikum W.B.T dan salam kehijauan dari saya..

Hari ni rozi nak share sikit cara tanam pohon pegaga cara rozi..Banyak kaedah sebenarnya nak menanam sayur ulam-ulaman ni.. Tapi ni cara rozi guna dan alhamdulillah berhasil.. Actually sebelum ni rozi dah pernah cuba tanam tapi gagal tau. terbantut jadinya. sebelum ni rozi just berjaya tanam bunga-bungaan je dan beberapa jenis sayur yg mudah. kaji punya kaji akhirnya rozi dh tahu apa masalahnya sesetengah jenis tanaman yg rozi gagal. Rupa-rupanya rozi ingat tempat tu dh sesuai untuk pokok-pokok yang taknak cahaya matahari lebih ni.. ingat dah ok bawah atap bagai. rupanya tak..kat tempat tu amsih lagi panas. hari tu cuba tanam daun sirih. tak sampai sehari dah layu. kata MIL yg kebetulan datang, tempat tu panas waktu pagi. sangat panas rupanya. ohh patutlah selalu fail tanam area situ..tak kesampaian lah nampaknya nak jadikan tempat tu as my edible garden. tak sesuai. 

sejak mood berkebun datang lagi lepas berpantang ni, rozi dah start fikir2 apa yang nak ditanam. rumput2 dh clear kawasan pun dh ready tinggal nak bermula menanam je..sekarang ni dah tak boleh ter-over menanam just buat apa yg perlu dan kena minimumkan kerja-kerja berkebun especially part maintenance tu sbb apa tau..sbb baby rayyan need my attention.. baby rayyan tu kecik lagi sian dia dan kesian jugak kat mama dia ni berkejar sana sini..turun naik umah mana nak berkebun mana nak melayan kerenah abangnya mana nak uruskan baby lagi. kesian kat badan ni kan..

jadinya, rozi dh re-arrange pasu2 supaya mudah nak buat maintenance nanti. yg lebih2 tu rozi bagi kat MIL je.. hari tu gi umah MIL wahhh geram pulak kita bila tgok lawanya bunga2 tu MIL jaga.. abang aqeem lah suruh mama jaga balik bunga2 suh cantik balik mcm bfore beranak hari tu..

Jom jaga pemakanan..amalkan lebih sayur-sayuran dalam diet anda..wahh semangat ni..x sabar tunggu pegaga yg rozi tanam merimbun br sedap nk petik..kata mr.hubby, nanti habis kat dia je buat cicah budu..huhu

oklah jom kita tgok cara-cara nak menanam pegaga yer..


1
Pilih samada nak gunakan pasu ataupun terus ketanah..klu ketanah eloklah buat blok skit utk senang nk buat maintenance and nampak lebih kemas..


2

Sediakan medium tanah.. Rumah area kampung je so senang amik je tanah kat tempat bakar sampah. Kalau dulu rozi beli coco peat (sabut kelapa) kat peladang as medium tanaman sbb time tu sgtlah geli nak pegang tanah bnyk cacing kan..errr... Tapi skrg dh tak heran itu cacing..pakai glove & semua dh peduli..


3
Dapatkan daun pegaga..kalau boleh yg ada akar. Masukkan kedalam medium tanah yang telah disediakan tadi. Basahkan tanah tu


4

Letakkan pasu tu ditempat yang teduh macam bawah pokok. Tak pun bawah kerusi taman ke..mana-mana lah tempat yg tak kena direct cahaya matahari tak kisah lah matahari pg atau petang. Tanah tu hendaklah sentiasa lembap tapi jangan bertakung air.


5

Dalam seminggu dah boleh letak baja penggalak daun.. Jgn terover letak baja yer..sayang nanti mati pulak. Letak sekadarnya lebih elok baja yang jenis spray. Then, tunggu sehingga pegaga anda siap dipetik..









You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like My Page

Text Me

Subscribe