Edible garden will be my next project

February 21, 2016

Assalamualaikum WBT..

Sejak dua tiga hari ni aku asyik melayan hp search internet sambil rehat2..
apa yg aku duk search?? semuanya pasal cara-cara tanam sayur dan cara menghapuskan makhluk perosak.. since business aku under renovation ni, boleh la aku buat project2 lain tanpa ganguan..
jadi, aku plan lepas ni nak sempurnakan edible garden aku dengan pokok2 yg berguna untuk digunapakai di dapur kami..lepas business aku berjalan balik nanti aku lebih banyak stay dirumah..so, aku x bnyk keluar lah kn..jd macam mana aku nk beli sayur2 semua tu..solutionnya?? yess, my edible garden will produce vegetables yg aku perlukan..my list..

1. Pokok Pandan (dah ada tp masih kecil tgh proses pembesaran)
2. Pokok Kari (dah ada tapi duk merata2, kena transfer ke dlm pasu..)
3. Serai (belum ada) 
4. Pokok Kunyit (belum ada)
5. Pokok Halia (belum ada)
6. Daun Sup (dah ada..tapi perlukan more pasu)
7. Bayam (dah ada, proses pembesaran)
8. Kangkung (dah ada, proses pembesaran)
9. Cili padi (dah ada..6 pohon semuanya)
10. Tomato ( tgh membesar)
11. Pegaga (belum ada)
** dan yg lain2 yg tgh duk pikir akan keperluannya..

kebanyakkannya aku nak tanam dalam pasu sbb aku x suka bersepah2..aku nak cantik tersusun..senang nk menage rumput2 dibawah yg perlu diracun 3 bulan sekali..project ni akan diteruskan lepas rumput2 yg mr.hubby racun 2 hari lepas mati sepenuhnya..skrg tak kuasa aku..serabut dgn rumput..klu boleh nanti nk letak pasir putih di area tu..

Makhluk perosak??

yg ni aku paling menyampah..tu jugak la penyebabnya mood aku nk menambah koleksi bunga2an kat my JassmineRosse Garden (front yard) jd terbantut..apa taknya, penuh dgn segala binatang perosak..hari ni saja aku cuba alihkan balik pasu2 bunga ros kesayangan aku ke tgh laman yg 360degree kena terik matahari..dan dh kasi sembur thripless dan buang daun2 yg effected..hopefully recover soon..fuhh tu baru 6 pasu ros klu berpuluh2 mcm mna wehh..pening kepala..

ros jepun pulak sama jugak kena serang tp x semua..so, aku rawat la yg mana patut..front yard pn sama kena kasi clear kat bawah..kasi betul2 clean n xde semak2..baru senang nk menage..
pokok2 lain pn dlm proses mencantikkan diri..

back to edible garden..oleh kerana lg banyak pokok2 dan sayur2an yg akan aku tanam bermakna lg banyak rawatan dan baja yg diperlukan..so, aku tak rasa penggunaan baja2 dan ubat2an skrg aku boleh teruskan utk edible garden aku..sbb apa?? mahal wehhh..tak mampu la aku..so, yg tu aku khaskn kpd pokok2 bunga yg cerewet..

yg edible garden ni aku plan nak buat ubat2an dan baja sendiri..aku dah search & save cara2nya..hrp2 berkesan lah kn..lg banyak aku search kat internet lg teruja aku..sbb kebanyakkannya ada lebih kurang sama dgn treatment & utk coral growth..cuma utk aquarium tu mudah sikit utk kita check everything sbb ada test kit semua..yg pokok2 ni aku belum tahu cara nk test semua tu..semakin menarik nampak...huhu...

btw, kesabaran dan ketekunan sgt lah diperlukan..klu pemalas jgn berangan nak gardening ye awk2..hehe

okay lh i've to stop now..nk gi amik anak sekolah then singgah ke nursery ushaa2 pasu n PETUNIA dua tiga pasu..huh


u..









You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like My Page

Text Me

Subscribe