apa khabarmu disana

March 22, 2013

hatiku diruntun rasa rindu lagi..dirumah ini pernah dihuni oleh seorang wanita yang paling aku sayangi. bila kulihat ke sofa, kelihatan mak yang sedang duduk membaca al-quran. kemudian pandanganku menerjah ke katil, jelas terbayang mak yang sedang melawan sakitnya, nafasnya naik turun payahnya untuk melelapkan mata. batuknya kadang2 agak teruk. aku menemaninya, tak sampai hati membiarkan mak berseorangan melawan sakit. aku urut belakang mak perlahan2. bila mak terlelap sesekali aku merasa nadi mak. bimbang dia akan pergi bila2 masa.

bila ku jenguk ke dapur, kelihatan kelibat mak yang sedang memasak lauk kegemaranku "ayam merah". mak sentiasa tahu apa yang aku suka apa yang aku tidak suka. bila mak dah tak sihat, mak dah kurang membebel seperti masa dia belum sakit. sampai kami adik beradik boleh kata kalau dengar mak membebel tu maknanya mak dah sihat la tu. tapi nampaknya kesihatan mak tidak nampak tanda2 untuk pulih. sejak pembedahan di IJN segalanya bermula.

dulu, aku bangga menjadi anak bongsu kesayangan. dimanjakan sampaikan mungkin ada yang cemburu dengan layanan mak pada aku barangkali. tapi, bak kata mak aku lah harta terakhir, namun kini aku termenung, apa yang telah aku buat untuk mak. aku ingin hadiahkan dia sesuatu, sesuatu yang mampu buat dia tersenyum. namun waktu aku bersamanya sesingkat 23 tahun. tuhan lebih sayangkan mak. yang tinggal hanyalah kenangan. kenangan yang membuat aku rindu.

mak, pelukmu, ciummu masih hangat aku terasa. aku masih inginkan sokongan dan doronganmu..namun, kau sudah jauh disana..doakan lah anakmu ini dari sana..sesungguhnya kasih ibu hingga ke syurga..


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like My Page

Text Me

Subscribe