SYUKUR DGN KEBEBASAN YANG KITA MILIKI

April 08, 2012

Aku bukan membincangkan isu politik. aku tidak berminat pun walaupun aku memang belajar sains politik. aku ingin menyentuh sedikit berkenaan isu Hak Kebebasan Manusia."Human Right" .kat Malaysia ni ramai je orang memperjuangkan hak-hak kebebasan manusia "human right" ni.. sedar atau tidak, kita di Malaysia memang sudah tersedia bebas..kita bebas mengamalkan islam, kita bebas belajar, kita bebas berniaga dan macam-macam lagi. pernahkah anda membaca perihal saudara islam kita di Palestin, mahupun rakan kita di Myanmar. Kes di Myanmar begitu menyayat hati. Sama juga mangsa-mangsa pemerdagangan manusia yang rata-ratanya dari negara miskin. Dua hari lepas, aku ada presentation yang bertajuk "Roles and Functions State and Non- State Actors that contribute to the human right and peace around the world". untuk menyempurnakan assignment berkenaan, banyak sangat artikel aku baca. Ya Allah sedihnya. dan begitu terasa aku sangat lah beruntung punyai peluang untuk maju, tidak disekat untuk bersaing malah makan dan minum sangatlah mencukupi. dari situ, aku mula terfikir kenapa dan mengapa ada diantara kita begitu memsia-siakn peluang kebebasan yang kita miliki. usahlah terlalu mengharap kebebasan lain kalau kebebasan yang ada hari ni pun masih belum kita hargai. jangan nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. nak kan bebas tapi nanti porak peranda yang kita dapat. oh tidak, tolong yer kawan-kawan jangan kita rosakkan keamanan yang kiti miliki hari ni. aku banyak lagi menda nak buat. aku nak bersaing secara adil. bersaing untuk merebut peluang-peluang yang ada. marilah kita hargai kebebasan ini. aku tidak ingin anak aku mengalami nasib yang sama dengan kanak-kanak lain dinegara yang bergolak. sedikit kesilapan kita, bakal menghancurkan masa depan negara. aku sangat risau. kita hari ni terlalu ekstrem dalam menyampaikan keinginan kita tanpa sedar kita mungkin menggadaikan keamanan dan kebebasan hari ni. oleh itu aku menyeru anda sekalian terutama kawan-kawan seperjuangan, marilah kita sama-sama menghargai peluang ini. rebutlah peluang ini. jangan kita sia-siakan peluang yang ada. berusahalah bersungguh-sungguh. jangan hanya lantang bersuara kononnya AKULAH PENYOKONG HAK KEBEBASAN MANUSIA namun hakikatnya kita tidak pernah bersyukur dan lakukan apa yang sepatutnya. *pesanan untuk diri sendiri juga :)


*Gambar sekadar hiasan..tu gambar Luqman tgh majuk..huhu

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like My Page

Text Me

Subscribe