"kelate menunggu, terengganu dijiwa"

November 25, 2011

seronok kn nk blik kampung...especially bila duk jauh2 macam ni..teringat zaman diploma kat uitm dungun 3 atau 4 tahun yang lepas..habis je kelas petang..aku terus balik kampung..seronok lagi kalau aku tunggang motor sorang2..melayan perasaan..tak ingat bahaya dulu-dulu...janji petang aku dh sampai kat umah aku..seronok bila mak dan sepupu menanti kepulangan aku..mak mesti masak makanan kegemaran aku..bahagianya hati aku...tempat feveret aku dari dulu sampai la sekarang kalau balik kampung mesti kena berkunjung ke pasar malam..dah tradisi aku macam tu..huhu....aku sayang kampung halaman aku..sayang tempat aku dilahirkan dan dibesarkan..bila dah lama tak pulang mesti akan rasa rindu.....

....................................

dan kini aku harus menerima hakikat semua itu tiada lagi..hanya tinggal sejarah...setelah kematiaan mak, rumah itu kini hanya menjadi tempat persinggahan tatkala raya ataupun percutiaan yang dirancang khas oleh aku, abang dan kakak yang masing-masing dah pun berkeluarga. kadang-kadang, aku cemburu dengan kawan-kawan bilamana masing-masing seronok nak balik jumpa keluarga..aku pun ada keluarga..keluarga baru..namun mana boleh semudah itu aku lupakan keluarga yang membesarkan aku, adik beradik yang selalu bersama, sepupu-sepupu yang menjadi teman rapat aku sejak kecil lagi dan daerah tempat aku dibesarkan. mana mungkin aku boleh menerima dengan sebegitu singkat segala perubahan ini. namun aku tetap redha dengan aturan hidup ini..aku tahu ramai yang masih sayang pada aku..walaupun aku terpaksa melupakan kisah lalu dan menerima perubahan ini, aku akan cuba membiasakan diri aku dengan suasana yang pada aku masih baru..tatkala rasa terkilan dan kecewa menghasut jiwa, suara luqman dan senyuman sikecil itu mampu menawan hatiku kembali. kembali meneruskan kehidupanku.

...................................................

sayang sekali kita takkan selalunya dapat apa yang kita nak dan mungkin tanpa kita sedari kita diberi sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita inginkan dan mungkin juga kita tak pernah terfikir tentang hal itu...redhalah dengan ketentuan...aku bersyukur aku masih disayangi dalam posisi kehidupan yang berbeza..

"kelate menunggu, terengganu dijiwa"


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like My Page

Text Me

Subscribe