selamat ulang tahun syg

June 11, 2011

*lebih kurang jam 7.30 malam 11 June 2010, lahirlah seorang bayi lelaki yang diberi nama Ahmad Luqman Nurhaqeem di bilik no.1 labor room HUSM Kubang Kerian dengan berat 2.87 Kg. 

masa berlalu tanpa aku menyedari zuriat pertama aku kini dah berusia setahun. enam bulan kami bersama-sama lalu terpisah sampailah ke hari ini..maafkan mama sayang kerana jauh dari kamu. namun yakin lah jiwa mama sentiasa bersama kamu. mama kuatkan semangat mama demi kamu. syukur kepadaMu ya Allah, kurniakan Luqman buatku. setidak-tidaknya luqman mampu mengembalikan kesuraman yang melanda hidupku akibat kehilangan bonda tercinta. luqman mampu mengembalikan senyumanku dan dengan kehadiran Luqman, aku yakin cintaku dan hubby akan lebih kukuh. disaat kami berjauhan tiada siapa yang tahu bagaimana payahnya hati aku mengharungi hari-hari aku disini. namun, setiap kali aku ingin rebah, terbayang wajahnya yang suci senyum dan ketawa. lalu diriku kembali bertenaga. dan demimu Luqman, mamamu ini akan cuba mencari yang terbaik. doakan mama berjaya sayang. mama janji mama akan membalas segala yang telah mama abaikan. mama akan cuba menjadi mama yang tebaik buatmu. mama sgt mencintaimu. kini kaulah keutamaan mama. membesarlah kamu dengan sempurna. jadilah anak yang soleh dan baik budi. 
sekali lagi maafkan mama sebab tak dapat bersama kamu di hari lahirmu yang pertama ni. mama pun tak mampu nak belikan kamu hadiah. insyaAllah klu mama berjaya dengan cemerlang. segalanya kerana kamu sayang. itulah hadiah mama buat kamu. 

Happy bufday syg!!!


kenangan disepanjang 12 bulan...








 


 

You Might Also Like

5 comments

  1. tomei gler dak kecik ni,...gram nk cubit pp

    ReplyDelete
  2. huhu..makin besar makin comei..comei n sgt lasak..kna inject pn x prnah nangis dr baby..x prnah mandi air suam..hentam je ng air sejuk at anytime..mmg senang jg dak kecik ni..huhu

    ReplyDelete
  3. ye la zie, kjp jer masa berlalu..tup2 dh besar oman nie..dh boleh jalan berlari pun...nnt sedar2 dh nk masuk sekolah plk...Selamat Hari Lahir Ahmad Luqman Nurhaqeem From Untie yuyu....Hihi..

    ReplyDelete

Popular Posts

Like My Page

Text Me

Subscribe