gempa bumi sumatera turut dirasai disekitar bandar melaka

June 15, 2011


hai..slmt pagi dan salam sejahtera
Pagi semalam, aku dan 2 orang lg team membe ada consultation dengan lecturer aku seawal jam 7.45 pagi di tingkat 10 bangunan uitm kampus bandar melaka..namun, disebabkan aku sedikit lambat, kami terpaksa menunggu giliran pulak. ada group lain dah sampai awal daripada aku. baiklah, lebih kurang jam 8.00 pagi tibalah giliran kami pulak. tengah duk asyik mendengar komen dari lecturer tentang projek kami, aku bersandar ke meja. tiba-tiba aku rasa macam meja bergoyang perlahan. kepala aku sedikit pening. aku fikir gempa or apa. tapi bila aku tengok member lain relaks je takde sebarang reaksi pun, aku senyap je lah. aku cuba betulkan kedudukan aku. hurmm aku pikir mungkin aku mamai2 kot..lagipun aku memang tak cukup tidur. lebih kurang 10 minit kemudian, staff uitm datang memaklumkan kami semua diminta turun ke bawah. dimaklumkan ada berlaku gempa bumi di indonesia. jadi bangunan sedikit bergegar. mungkin yang berada ditingkat yang lebih tinggi lebih terasa. so, aku puas hati lah sebab tadi memang betul sangkaan aku. bukan aku mamai2 pening2 saja. so, kami pun turun lah kebawah. masa tu dah ramai pun student2 kat bawah. hai nampaknya diorang ni lagi suka duk bawah..huhu..amik kesempatan lak sebab kelas tak yah start lagi..bagi aku, ni lah pengalaman pertama aku dapat rasa gegaran kecil tu. dengar citer, satu sem sebelum aku masuk kampus ni, dah bnayak kali berlaku.malah lg kuat. kira aku bernasib baik lah sebab time aku pregnant sem sebelum ni tak de berlaku semua ni. alhamdulillah..oklah, dah lewat ni aku nak ke kelas..mintak2 tak berlaku lagi gegaran macam semalam..menyeramkan..


*disekitar kejadian..



You Might Also Like

2 comments

Popular Posts

Like My Page

Text Me

Subscribe