hari ibu???

May 07, 2011

Sedang asyik menelaah pelajaraan, sekali2 aku melayari internet dan mengintai status FB kawan2.. masing2 sibuk duk ucap selamat hari ibu.. terguris rasa hati, cemburukah aku?? pemergiaan arwah mak masih aku terasa. biarpun hampir 2 tahun semuanya berlalu. tiada lagi kad ucapan ataupun kek untuk meraikan hari ibu. kini yang mampu aku lakukan hanyalah bacaan yassin buat arwah mak yang tercinta. segalanya berlalu tanpa aku sedari. namun aku bersyukur diberi peluang bersamanya selama 23 tahun. masih terngiang-ngiang suara bebelan mak saban hari.. kami adik beradik selalu ckp, mak ni klu tak membebel satu hari tak sah. xpun klu nak tahu mak tgh sehat, mesti dengar suara dia membebel. hurmm, sememangnya arwah mak bukanlah orang bijak pandai yang boleh ajar aku sains dan matematik. sekolah pun sampai darjah 6 je. tapi alhamdulillah aku rasa arwah sempat bekalkan aku ilmu agama dan sedikit sebanyak pasal menguruskan rumahtangga. arwah mak seorang pembersih.. dalam kebosanan mendengar arwah membebel sedar atau tidak ianya sedikit sebanyak membentuk diriku sekarang. terima kasih mak..terima kasih setiap ilmu yang mak turunkan buatku. arwah mak juga tidak pernah menyekat kebebasan aku. arwah percayakan aku sepenuhnya. biarpun ke pelusuk dunia aku pergi ke hutan belantara, ke gunung tinggi ke lautan luas arwah percaya dan berikan aku kebebasan merasai nikmat dunia. kerana arwah pernah ckp, pergi lah kemana aku mahu asalkan aku tahu jaga diriku dan pelihara kepercayaan yang diberi. terima kasih mak, kerana kepercayaan itu aku dapat menimba pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. walaupun masa beredar begitu laju, kehangatan pelukan dan ciuman mesra arwah masih aku rindui. pelukan terakhir arwah masih terbayang2 di mata..cinta dan kasih arwah akan sentiasa mekar dijiwaku dan sentiasa menemani hari-hari sukarku..

al-fatihah untuk arwah mak...
 
segalanya bermula disini (IJN 2007 wad kenanga).. penderitaan mak selepas melakukan pembedahan jantung (by-pass) selama hampir 2 tahun yang membawa kepada pelbagai penyakit lain dan akhirnya pulang ke Rahmatullah pada 4 Ramadhan 2009.

 alhamdulillah, sempat juga arwah meraikan kejayaanku masa Diploma dulu walaupun masa ni arwah baru je keluar wad dan masih tak mampu berjalan. 
ini adalah aidilfitri terakhir bersama arwah mak. kini arwah tiada lagi..segalnya suram dan tenggelam namun bila sekali sekala kami pulang ke kampung masih terasa seperti arwah masih ada. 

aku yakin saat ini adalah saat yang paling membahagiakan arwah untuk aku. bebannya telah diserahkan secara sah kepada hubby ku.. ni malam pernikahan aku. arwah dah tak sihat time ni..setelah sebulan pernikahan aku dan hubby, arwah pergi buat selama-lamanya..terjawab lah persoalan kenapa arwah beriya-iya mahu aku bernikah secepat yang mungkin..semuanya takdir..aku amat bersyukur...ini juga adalah hadiahku untuk arwah mak..alhamdulillah aku sempat menunaikan hajat terakhirnya.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like My Page

Text Me

Subscribe