~CENDOL~

May 17, 2011

Dah dua 3 hari aku asyik duk sebut cendol..pagi petang siang malam. sejak dari seminggu cuti kat kampung aku duk teringat kat cendol ni. yang jadi masalahnya cendol yang aku idam2kan kat tengah-tengah pusat pelancongan bandar melaka ni. yang lain aku tak mau. sehari selepas aku sampai kat sini, aku dan maria plan nak gi menikmati cendol ni sama2 pd sebelah petang selepas kelas aku. tp malangnya petang tu hujan.. hasrat aku nyata terkubur. kata maria, "esoklah kak rozi kita gi". ok, aku dengan seronoknya menanti waktu yang ditunggu2. aku dh nekad, apa2 hal hari ni aku kena dapatkan cendol ni. kalau tak hati aku tak senang..pelik pulak bunyinya..sepupu dan kawan2 dah duk perli2 ingatkan aku mengidam. haha gila korang...mintak tuhan tangguhkan dulu hal tu..atleast dh nk abis study nanti ok lah..hurmm....dipendekkan citer, sekali lagi harapan aku untuk ke gerai cendol bsama-sama maria musnah sama sekali..tapi tak mengapalah sbb alasan yang diberikan kukuh..termenung aku seketika..bak kata aku "ada 1001 cara untuk dapatkan sesuatu" tinggal mahu tak mahu je..apa lagi aku redah je lah panas terik..seawal jam 5 petang aku dh kuar..sbb plan aku lpas melantak cendol tu aku nk gi shopping brg2 dapur pulak..dengan selamber aku menunggang motosikal melalui jalan2 sempit Jongker Walk dan akhirnya tiba ditempat yg dituju..apa2pun aku tak lupa untuk membawa bersama nikon ksayanganku. dah lama aku tak lepak mkn sorang2 ni. tapi syok gak wehh...rasa ibarat burung terbang bebas diangkasa raya..hahaha...aku duduk dengan muka slamber dan terus order semangkuk cendol+ kacang merah kegemaranku. x smpai 1 minit cendol pon smpi..pelayan tu tanya;
"awak sorang je ke?" dengan nada hairan..
 "yep", jawabku sambil tersenyum.
"awak tak bosan ke jln sorang2", tanya pelayan itu lagi.
"peduli apa saya", dengan nada bangga..
http://www.smileycodes.info
lalu selepas perbualan ringkas itu berakhir, aku mintak tolong pelayan tu amik gambar aku..haha.. 


menurut pepatah melayu "sambil menyelam minum air" dah kebetulan aku kesana berpanas mentari petang..apalagi aku buat2 la mcm pelancong snap2 gambo..huhu..seronok gak tgok keletah pelancong2 ni..hilang stress aku..len kali aku nk gi lagi ar..hehehe....

~ layankan aja ilustrasi dibawah..bikin hatiku tenang ~















You Might Also Like

3 comments

  1. ini cadangan ikhlas saya bagi pembaca tak rasa boring ... tulisan bagi senang dibaca , letak 4 post dalam 1 page dah cukup ... buat readmore , cepat sikit load blog... ok tu je

    ReplyDelete
  2. lagi satu , komen buat pop up dan buat verification kod

    ReplyDelete

Popular Posts

Like My Page

Text Me

Subscribe