Senjakala di Chemerong

June 12, 2008

Photobucket

Sepetang di hutan lipur Chemerong pasti membuatkan jiwaku tenang dan semua resah bersarang di hati akan hilang. Kedinginan airnya membuat aku teruja setiap kali menjamah dinginnya yang membasahi pipiku kehangatan akibat terik mentari. Beberapa bulan lagi aku akan pulang. Di dalam diari ini ku tulis dibaris atas namamu. Ku rindukan kejernihan dan kehijauan lumutmu. Hutan hujan tropika tidak pernah hilang dalam nadi ingatanku dan sentiasa menghantui kebosanan ini lantaran waktu harus ku lupakan segala itu. Pencarian dan percutian ini belum lagi membenarkan aku pulang dan disaat hatiku mula merindukan pepohon hutan dan kehijauannya serta kepelbagaian flora dan faunanya. Sekali-sekali fikiranku melayang mengingatkan warna-warni kenangan lalu bersama teman-teman ketika aku masih di university. Aku, Reen dan Shauqi tiga sahabat yang kini telah membewa haluan masing-masing. Kami sering menghabiskan petang bersama-sama. Selain memilih pantai teluk gadung, teluk lipat mahupun tasik gadung aku memilih destinasi yang berlainan buat mereka. Aku mengajak mereka berdua ke Air terjun Chemerong. Sewaktu kami di Chemerong hanya kami bertiga. Entah kenapa petang itu walaupun hujung minggu tapi tak ada siapapun. Hanya kami bertiga. Argh, aku tidak peduli. Aku terus mengikut trail yang tersedia ke port yang paling aku suka. Shauqi dan Reen mula risau. Namun apabila sampai je ke tempat yang di maksudkan, mereka berdua mula lupa kerisauan mereka tadi. Mereka mula ghairah menjamah kedinginan air terjun Chemerong. Oleh kerana tiada siapa selain kami, kami benar-benar seronok sampai lupa hari dah semakin lewat petang. Lalu cepat-cepat berkemas dan sewaktu menuju ketempat kereta, aku terdengar ngauman harimau namun sayup-sayup. Namun aku yakin dengan bunyi itu. Lalu aku meminta Farah dan Reen mempercepatkan langkah namun aku tidak memberitahu bimbang dia sangat risau. Sebaik saja keretaku mula meninggalkan hutan lipur chemerong, hatiku kembali lega. Baru je 10 minit perjalanan. Kali itu aku meminta Reen yang memandu. Reen tergelak sorang-sorang. Pelik juga aku kenapa. Lalu anak mataku terperasan minyak dah merah. Apa lagi tersadai la kereta kecilku ditepi semak. Waktu itu coverage memang tak ada langsung. Sebentar lagi hari dah nak maghrib. Rasa bersalah juga aku pada mereka berdua sebab aku yang ajak mereka berdua. Namun kami hanya rileks sambil menunggu kalau-kalau ada kereta yang kebetulan lalu. Nasib kami agak baik. Lebih kurang 2 jam menunggu, ada la sebuah kereta makcik dan anak lelakinya. Kami pun menahan kereta tu. walaupun berasa segan namun aku cekalkan hati untuk minta tolong. Hampir maghrib barulah kami dapat bergerak pulang ke hostel. Dah la malam tu kami ada dinner kat kolej. Hujan turun sesekali lebat dan kembali renyai-renyai. Minyak kereta susut lagi. Matilah pikirku. Namun mujurlah kami tak terlepas jalan short cut ke kampung yang berdekatan. Akhirnya kami selamat tiba di kolej.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like My Page

Text Me

Subscribe