Yong Yap 2007

August 07, 2007

June 29, 2007

Jam 7.30 petang kami berkumpul di KL Central.jam 9 malam keretepi express ke Perak pun tiba. Ini kali pertama aku menaiki keretapi ke negeri Perak. Ahli ekspedisi seramai 15 orang. 13 lelaki dan 2 orang perempuan.

June 30, 2007

Jam 3.30 pagi, kami tiba di stesen keretapi di Sungai Siput hulu Perak. Kemudian kami di bawa ke sebuah restoran berhampiran. Lebih kurang 2 jam kemudian kami dibawa pula ke pekan lasah. Kami mengambil kesempatan untuk merehatkan diri buat seketika.tidak lama selepas itu, perjalanan kami menaiki pacuan 4 roda telah bermula. Suasana masih gelap waktu itu. Perjalanan memakan masa selama 3 jam. Suasana awal pagi tidak membenarkan aku melihat suasasa hutan disepanjang jalan balak. Jalan balak juga agak mencabar. Alhamdulillah cuaca agak baik memudahkan perjalanan pacuan roda melalui jalan balak.

7 pagi, kami tiba di perkampungan orang asli. Selepas bersiap-siap kami memulakan pendakian. Adik dan makwe menjadi guide. Perjalanan melalui trek balak agak membosankan dan agak memenatkan kerana treknye yang hanya menaik. Namun, kami juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar flora dan fauna yang ada di sepanjang trek. Beberapa jam perjalanan akhirnya kami berehat di satu kawasan lapang sekadar untuk menghilangkan rasa penat.

Beberapa minit kemudian pendakian diteruskan, namun trek ke kem pondok sememangnya membosankan oleh kerana kami hanya perlu melalui jalan balak, dan kelihatan agak banyak sampah yang ditinggalkan. Suasana redup sedikit sebanyak mengurangkan rasa penat dan bosan semasa perjalanan. Kemudian, kami terpaksa meredahi trek kebun yang agak semak dipenuhi lalang yang hampir sama dengan ketinggianku. Trek itu paling tidak menyenangkan. Kurang setengah jam meredahi trek kebun itu, akhirnya kami tiba di sebatang anak sungai yang memerlukan kami merentasinya. Lebih kurang 10 minit pendakian, kami pun tiba di kem pondok 2 dimana kami akan bermalam. Waktu itu jam mencecah ke pukul 4.30 petang. Aku dan kak Eja tidak mahu melepaskan peluang untuk mandi di sungai berdekatan. Airnya yang dingin disamping landskap semulajadi benar-benar mengujakan kami berdua. Kami bersembang-sembang sambil melunjurkan kaki kedalam air. Waktu petang yang masih awal membolehkan kami lepak lama disitu. Sungguh tenang suasananya sedikit sebanyak meredakan rasa bosan perjalanan tadi. Waktu malam, kami hanya bersembang-sembang sampai ke awal pagi sambil memakan kuaci untuk menghabiskan waktu-waktu yang ada.



31 June,2007

Seawal pagi kami bangun dan ada diantara kami sedang sibuk menyediakan juadah pagi. Selepas bersiap-siap untuk meneruskan pendakian, kami bergambar beramai-ramai. Hubungan kami agak akrab mungkin kerana bilangan peserta ekspedisi tidak ramai membolehkan kami kenal diantara satu sama lain. 9 pagi, kami beransur-ansur meninggalkan kem pondok 2. beberapa jam perjalanan kami berhenti seketika dan meneruskan lagi perjalanan ke last water point. Lebih kurang jam 3 petang kami tiba di last water point. Kami berhenti lebih kurang 2 jam disitu. Angin berhembus ditambah lagi dengan ketinggian yang mencecah 1800meter dari paras laut membuatkan badan berasa sejuk. Setelah selesai mengambil bekalan air, kami meneruskan pendakian yang hanya memakan masa 1 jam setengah untuk sampai ke puncak Yong Yap. Trek seterusnya, pokok-pokok banyak berlumut. Aku, Ipin, kak eja, celol dan mizi berhenti beberapa kali untuk mengabdikan potret kami berlatarbelakangkan view indah bukit bukau. Ipin pula kelihatan tidak sabar-sabar untuk sampai di puncak oleh kerana sesampainya di puncak, maka gradlah G7 yang ditunggu-tunggunya. Aku pula dipaksa meneruskan pendakian setiap kali aku berhenti akibat kepenatan.

Jam 5.45 petang, akhirnya kami tiba di puncak Yong Yap. Membe-membe lain sedang sibuk memasang fly. Ada pula yang tidak sabar-sabar merakam gambar pemandangan dari puncak yang sememangnya cantik. Tidak sangka pemandangan di puncak yong yap agak memukau walaupun treknya tidak menggambarkan keindahan di puncak. Tapi, sedikit menyedihkan kerana puncak gunung yang berketinggian melebihi 7000 kaki dari paras laut ini tercemar dengan peninggalan sampah sarap walaupun tidak sebanyak di gunung nuang. khazanah alam ini sepatutnya terjaga buat dijadikan hadiah generasi akan datang.

Melewati waktu maghrib, kesejukan mula mengigit sejuk tubuh, selepas mengenakan sweater, kami tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan matahari terbenam dan merakam gambar sebagai kenangan sewaktu pulang nanti. Malam hening yang dingin, tidak kami sia-siakan begitu sahaja, ada diantara kami bersembang di bawah bulan purnama yang sememangnya indah. Aku dan beberapa yang lain, sedang asyik bercerita. Maseh terngiang-ngiang di telinga gelak ketawa kami. Rizki dengan teka-tekinya, abg nan pula dengan cerita sentementalnya benar-benar membuatkan kami terhibur. Lalu kami berkumpul beramai-ramai. Cuaca agak baik malam itu, membenarkan kami menghayati keindahan dipuncak bertemankan angin yang setia berhembus jelas terasa kesejukannya. Aku dapat menyaksikan bintang yang berkedip di langit yang sekali sekala hilang dilindung awan kelabu sedikit sebanyak memberikan sumber inspirasi padaku yang sememangnya mencari kedamaian seumpama itu.


July 1 2007

Angin berhembus agak kuat membuatkan lenaku tidak lama ditambah lagi perasaan ingin menonton matahari terbit. Aku bangun terlebih awal, menanti dengan setia saat-saat kabus mula berkumpul ditiup angin. Terasa kagum walaupun sudah beberapa kali aku menyaksikannya. Perlahan-lahan matahari mengangkat wajah. Kabus yang tadinya berwarna kelabu seakan jingga kini bertukar warna keemas-emasan. Ini membuatkan aku tidak pernah merasa bosan menyaksikannya.


Jam 9 pagi, kami mula bergerak meninggalkan puncak Yong Yap. Sebelum itu, kami bergambar terlebih dahulu dengan pelbagai aksi. Perjalanan turun tidak menggunakan banyak tenaga kerana treknya yang hanya menurun. Beberapa jam perjalanan, kakiku mula melecet. Argh, benar-benar membuatkan aku kecewa. Ditambah pula dengan panas terik sewaktu meredahi jalan balak selepas kem pondok 2. oleh kerana aku sudah terlambat, jadi aku mengambil keputusan tidak berhenti rehat. Aku hanya berjalan perlahan. Lewat petang lebih kurang 5.30 petang, aku, rizki, makwe, adik dan abg mamak tiba di kampung orang asli. Ada yang masih sempat merasai kedinginan air sungai disitu. Ada pula yang sibuk mengusik anak-anak orang asli yang berkeliaran. Aku tidak melepaskan peluang bergambar dengan anak-anak orang asli disitu.

Photobucket

6 petang, kami sekali lagi meredahi jalan balak menaiki pacuan 4 roda untuk ke pekan lasah dimana disitu kami menjamu makan malam terakhir bersama di sebuah restoran kecil. Kemudian, kami dibawa terus ke stesyen keretapi sungai siput. Jam 2 pagi keretapi ke KL akhirnya tiba. Ini bermakna berakhirlah satu lagi ekspedisi yang beerti bagiku dalam perjalanan mencari pengalaman.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like My Page

Text Me

Subscribe