Embun Senja 2006

August 05, 2006

Kabus tebal perlahan menghilang. Bisik suara teman-teman menerpa pendengaran. Manik-manik embun berkilau jatuh satu persatu apabila angin lembut menerjah. Ruang langit mulai disepuh warna kuning keemasan.

Ada yang sudah mula beredar dan ada pula yang masih sibuk merakam gambar untuk dijadikan koleksi atau kenang-kenangan.Sewaktu menonton sinar mentari yang kian membangkit, cahaya suria semakin garang menyinari diwaktu kabus beransur pergi, saat itu mengingatkan aku pada pengalaman setahun lalu menyaksikan panorama alam seumpama itu yang tidak bisa aku gambarkan dengan kata-kata. Itu lah kali pertama aku melibatkan diri dengan aktiviti mendaki gunung. Tidak terlintas walau sepantas kilat oleh fikiran akan melibatkan diri dlm aktiviti lasak sebegitu. Aku kira beruntung dapat memulakan pengalaman pertama di Jelawang Jungle. Walaupun waktu itu aku tidak mengenali hampir kesemua ahli-ahli ekspedisi yang lain. Cuma seorang kenalanku di kampus.dia lah yang mempengaruhi aku menyertai ekspedisi itu.


10 may 2007

kami berkumpul di KL central pada lebih kurang jam 5 petang. Tepat jam 5.30 petang, kami bertolak ke Dabong Kelantan menaiki keretapi ekspress wau. Sekali lagi aku melakar sejarah dalam hidup. Ini lah kali pertama aku menaiki keretapi perjalanan jauh menuju ke destinasi yang untuk kali pertama juga ingin ku jejaki iaitu negeri Kelantan Darul Naim. Namun, waktu malam yang gelap, hanya cahaya bulan samar-samar tidak mengizinkan aku menonton panorama hutan disepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 12 jam. Perjalanan jauh, membuatkan aku dan member-member ekspedisi kelihatan bosan. Buat ahli pertama yang mengikuti ekspedisi kelihatan sedikit resah. Mungkin resah memikirkan apa dan bagaimana disepanjang ekspedisi nanti. Maklumlah, tiada pengalaman lagi. Mental masa tu belum teruji. Fitness pulak ala kadar je. Waktu itu aku dan farah hanya mengisi masa dengan bersembang dan tidur. Ada juga yang sibuk berkenalan. Banyak juga diantara ahli-ahli ekspedisi yang tidak mengenali antara satu sama lain. Waktu itu aku agak pasif.


Sesampainya kami di dabong lebih kurang jam 5 pagi, hari masih gelap. Ada diantara ahli-ahli ekspedisi yang mengambil kesempatan untuk merehatkan diri dengan tidur di stesyen Dabong beralaskan groundsheet. Pengalaman pertama menjejakkan kaki di tanah jajahan itu, berlatarbelakangkan bunyi keretapi klasik(penumpang) yang lalu, membuatkan aku rasa seolah-olah berada pada zaman jepun.. suasana dingin pagi sangat nyaman mengurut rasa beban difikiran. Jauh dari kesibukan kota, bebas dari asap kenderaan dan kesesakan lalulintas menyejukkan dan bisa menenangkan sesiapa yang datang kesitu. Waktu itu aku berbisik sendirian, bagaimana agaknya kehidupan remaja disitu baik dari segi perjalanan ke sekolah dan juga peluang pekerjaan. Sebagai pelajar jurusan pentadbiran awam, aku didedahkan dengan pelbagai kursus yang menyentuh tentang pentadbiran pembangunan baik dari bandar metropolitan sampailah ke kawasan pendalaman. Apa yang terpampam di hadapan mataku, jelas menunjukkan negara kita masih kurang dari segi keseimbangan sejagat. Masih banyak yang perlu diperbaiki.

11 mei 2006


Waktu pagi yang cerah menggambarkan cuaca hari itu agak baik. Kami menjamah selera beramai-ramai di stesyen keretapi Dabong.Pada jam 8 pg kami dibawa ke kompleks gua ikan dimana disitu kami di bawa meneroka gua keris, gua tingkap dan banyak lagi.Waktu itu aku sedar, buku memori aku masih kosong. Saat itu tidak aku lepaskan untuk melakarkan satu persatu pengalaman yang tidak ternilai. Sebelum itu aku langsung tidak tahu kami akan meneroka gua. Mengikutkan tentatif perjalanan yang diberikan oleh salah seorang ahli ekspedisi merangkap membe aku kat kampus, tidak pula tercatat, kami akan melakukan aktiviti itu. Waktu tu, abg Poji and abg Ed as a guard. Abg Poji nampaknye berpengalaman, memberi penerangan dengan penuh serius setiap keunikan disebalik bongkah batu dan fauna serta flora-flora yang ada di sekitar gua. Kami hanya mendengar dengan teliti setiap penerangan yang diberikan. Kalau nak diingat mungkin susah. Maklumlah, perkataan scientific, susah nak lekat dalam kepala, Cuma yang aku ingat sampai hari ni, ” Scorpion Tales” iaitu sejenis kala jengking yang sekali imbas kelihatan macam labah-labah biasa.

Photobucket

Photobucket

Setelah selesai caving, kami bertolak balik ke Dabong menjamah makan tengahari dan bersiap-siap untuk ke Stong Hill Resort dimana di situ lah kami akan memulakan pendakian. Stong Hill Resort terletak dikaki air terjun jelawang. Kami kira bernasib baik kerana tidak perlu merentas sungai galas. Kami menaiki van terus ke Kampung Jelawang melalui Lebuh Raya Gua Musang yang baru siap di bina. Pada pendapat aku, oleh kerana itu lah, Gunung Stong semakin popular di kalangan rakyat Malaysia malah Singaporean kerana mungkin salah satu sebabnya adalah senang untuk kesana dan ketinggian air terjunnya.

setelah diberi taklimat ringkas oleh guard, pendakian pun bermula.. sewaktu menaiki anak tangga sebelum sampai ke kaki air terjun membuatkan aku rasa sesak nafas.Stamina lemah. Waktu itu, aku maseh ingat, wira salah seorang ahli ekspedisi menyanyi-nyanyi menaikkan semangat aku. Lemah memang lah lemah, namun semangat aku masih di paras atas. Justeru aku meneruskan pendakian walaupun agak perlahan. Sewaktu melalui lereng air terjun yang agak curam, sekali lagi menguji mental aku. Mujurlah aku tak gayat. Pada jam 5.30 petang, kami semua kini berada di Baha’s Camp dimana disitulah kami akan bermalam sebelum meneruskan ekspedisi keesokan harinya. Setibanya aku disitu, Kabus nipis menghalang pandangan, kedengaran guruh perlahan di sebelah timur. Hujan mula Turun renyai-renyai. kami cepat-cepat memasang khemah dan pasang flysheet and groundsheet. Ada diantara kami yang sudah mula mengeluarkan ration untuk juadah malam. Ada juga yang tidak melepaskan peluang mandi-manda membersihkan diri dan merasai kedinginan air terjun jelawang.

Malam hening di serikan dengan aktiviti memperkenalkan diri. Satu persatu memperkenalkan diri disamping pengalaman rekreasi tiap-tiap ahli. Aktiviti itu antara lain adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim terutama disepanjang ekspedisi. Disitu aku mula meluaskan kenalan. Antara mereka ialah, farah(membe sekampusku), ipin,mizy,usop,pur,wira,andy,latip,wani, dayah, jiman, erna, helmi, syazwan, zainal, faizal,lan and apiz...


12 mei 2006,

Jam 8.30 pagi, setelah doa selamat dibaca oleh andy sebanyak 2 kali, perjalanan diteruskan untuk misi menawan puncak ayam. Pendakian hari ini lebih relax mungkin trek ke gunung ayam pada permulaannya tidak terlalu mencacak. Cuma memakan masa kerana agak jauh. Setelah meredahi jalan balak selama satu jam dikelilingi pokok-pokok resam akhirnya kami tiba di kem balak sebelum meneruskan perjalanan ke sungai baha dimana disitu, kami berhenti hampir 2 jam untuk menghormati solat jumaat. Disitu juga kami makan tengahari untuk mengembalikan tenaga masing-masing. Walau macam mana pun, aku hanya makan biskut tiger susu yang aku bawa hampir satu dozen untuk dijadikan makanan disepanjang ekspedisi.

setelah hampir 2 jam, kami berehat di situ, kami meneruskan perjalanan meredah hutan mendaki untuk sampai ke destinasi. Kami diminta oleh Abg Ed untuk tidak membuat bising disepanjang track ke gunung ayam selepas sungai Baha. Sebelum sampai di puncak, kami berhenti rehat buat seketika di Puncak Baha. Disitu ada beberapa pohon buluh perindu. Dari Puncak Baha kami dapat melihat secara langsung Puncak Ayam yang lebih tinggi. Setelah hampir 8 jam perjalanan, akhirnya puncak ayam yang ketinggiannya hampir 4934 kaki dari paras laut kini sudah ditawan. Waktu itu, cuaca agak baik. Sebaik saja berehat beberapa minit, badan mula rasa sejuk mendingin, mungkin angin yang lalu, dan ketinggian gunung yang membuatkan aku rasa kesejukan yang agak berbeza. Sementara menunggu membe-membe pasang khemah dan flysheet, aku menyandarkan badan ke sebatang pokok menghayati keindahan dipuncak. Rasa kagum seketika. Sebaik saja khemah dipasang, aku terus masuk khemah, mengenakan apa yang patut, stokin, glove, sleeping bed, sweater dan terus melelapkan diri. Kesejukan plus keletihan membuatkan mood untuk aku berceloteh dengan membe-membe hilang. Namun, lena aku tak lama, wira datang ganggu aku tidur dan diajaknya bersembang, katanya tak elok tidur waktu maghrib especially kat hutan.


Mengingatkan kebenaran kata-kata wira tu, aku terus bangun tanpa banyak soal. Waktu malam agak membosankan, walaupun masing-masing keletihan, numun, saat-saat dipuncak tidak disia-siakan begitu saja.setelah selesai makan malam, kami mengambil port bercerite pulak..saje untuk menghabiskan mase..cuace malam tu agak lembap..hujan renyai-renyai.. dibawah cahaya lantern yang hanya samar-samar kami bersembang untuk lebih mengenali antara kami..tapi abg jiman(ketua) kami arahkan agar kami tidak berjaga malam sebab keesokan harinye, kami memerlukan tenaga utk meneruskan misi kami untuk menawan puncak stong..


13 mei 2006,

Pagi itu sangat dingin membuatkan kami liat untuk membuka mata, namun dipaksa juga. Ada diantara mereka yang sudah mula bangun seawal pagi untuk melihat matahari naik. Kami semua bangun menyiapkan diri masing2. namun, aku, wani, shauqy dan dayah bangun lebih awal untuk menyiapkan sarapan pagi..maggie goreng je. setelah selesai breakfast dan berposing kat atas puncak ayam, pada jam 9 pagi kami mula beransur pergi meninggalkan puncak yang suatu hari nanti akan kutawan lagi.

Photobucket

Taklimat ringkas di sampaikan oleh Abg Ed selaku guider solo kami..dan ade diantare kami yg mengambil kesempatan bergambar di atas Puncak Ayam..dengan perasaan terharu, kami tinggalkan puncak yang indah ini..puncak ini juga famous dengan bonzai gardennya..menurut abg ed, taman ni puteri saadon yang jaga..kat sini juga kami dapat melihat elephant foot step...tanah yang agak becak, membuatkan kasut getahku penuh Lumpur. Lebih kurang sejam perjalanan, kami berehat seketika. Aku menikmati biskut tiger.kali ni, aku dan Farah join squart pemalas, si wira and the geng..siap minum Nescafe lagi. Diorang ni betul-betul sempoi. Orang lain dah entah kemana, kami masih rest sampai sejam lepak. kemudian, kami pun meneruskan perjalanan, sejam perjalanan, tibalah kami di sungai baha. Waktu tu kami tak sempat berehat, ahli-ahli ekspedisi lain sudah mula bergerak..perjalanan diteruskan walaupun dalam keadaan hujan.

Photobucket

Perjalanan turun sememangnya berbeza, kerana tidak memerlukan tenaga yang banyak Cuma jalannya agak licin dan hujung kakiku mula melecet disebabkan aku menggunakan kasut getah. Namun, disebabkan kasut getah itu juga, aku tak jatuh sebab kasut tu betul-betul mencengkam. Peristiwa itu mengingatkan aku pada wira yang pada hari pertama sebelum kami dibawa meneroka gua, dia syorkan aku supaya mengenakan kasut getah. Pada mulanya, aku dan farah agak malu nak pakai kasut getah, tapi memikirkan dia yang lebih berpengalaman, aku terus beli kasut getah tu kat kedai makcik berhampiran stesyen keretapi dabong. Syukur alhamdulillah, kasut tu memang berkesan. Tersenyum aku sendiri.

Photobucket

Perjalanan Turun agak pantas dan setibanya kami di kem balak, kami berehat seketika sebelum meneruskan misi menawan puncak stong. Kami meninggalkan beg-beg buat sementara di kem balak dan hanya bawa ration makanan untuk dimakan kat atas puncak saja. Pendakian diteruskan.kami mendaki hanya utk menawan dan melihat pemandangannya sahaja lantas menyempurnakan misi hiking kami..setelah 3 jam perjalanan, tiba lah kami di puncak stong. Di situ ada satu bongkah batu yang besar. kerana itulah, puncak ini dinamakan puncak stong mengikut dielet kelate, fikirku. Gunung stong ini berketinggian 4664 kaki dan 1399 meter dari paras laut. setelah selesai berposing dan menjamah makan serta berehat buat seketika, kami pun memulakan perjalanan turun untuk sampai ke baha’s base camp..dimana disitulah kami akan bermalam untuk kali terakhir sebelom tracking out from jelawang jungle..Oleh kerane timing lari, hari mula gelap..kami tracking bertemankan cahaya lampu suluh yang hanya samar-samar..kali ni, aku, Farah, Lan, Afiz dan Faizal berjalan di bahagian hadapan..Faizal mengetuai kami..Mase tu terdengar jeritan budak-budak perempuan lain yg sudah mula menggelongsor diatas selut yang licin..Alhamdulillah, kasut getah ni sekali lagi menyelamatkan aku. Setelah melihat gerbang yg tertulis “Baha’s Base Camp”..aku melompat kegembiraan..Ini kerana kami dah selamat sampai ke base camp..Tanpa berlengah-lengah lagi, kami terus ke bawah air tejun..sambil melunjurkan kaki kedalam air yang dingin tu, di bawah samar cahaya bulan, kami menyanyi-nyanyi kegembiraan..lebih kurang 20 minit kemudian, ahli-ahli group yang lain sudah pun tiba di base camp..Masing-masing bertungkus lumus memasang khemah dan flysheet dan bersiap sedia utk juadah malam.kali ni, tugas aku dan Farah tolong wira masak..waktu tu aku hanya potong sayur..lebih kurang jam11 malam, kami berkumpul untuk mendengar sedikit sebanyak taklimat yg ingin disampaikan oleh uncle Adam(rempit)..lebih kurang 12 pagi, aku, Farah dan Wira turun mandi untuk menghilangkan peluh yang membuatkan badan terasa sangat rimas. Apa lagi, segar tu memang segar, kedinginan air terjun membuatkan badan menggeletar kesejukan..malam itu aku habiskan dengan bersembang. Namun, lebih kurang jam 2 pagi, Farah tertidur keletihan. Hanya tinggal aku dan Lan yang sembang sampai pagi. Kami berkongsi pendapat dan pengalaman masing-masing termasuk apa yang berlaku di sepanjang tracking turun. Kami bersembang sampai ke awal pagi


14 mei 2006.

Bersilaku dengan tenang, dingin subuh disertai angin sepoi-sepoi menggigit sejuk tubuhku. Puas aku memuji keagungan ilahi, sungguh sempurna setiap kejadian Nya. Terasa diri Sangat kerdil, ku ulang menyebut namaNya berkali-kali kerana terpegun dengan apa yang ada dihadapanku. nun disebalik gunung tebu,, matahari perlahan-lahan mengangkat wajah. Dari warna jingga, berubah keemas-emasan. Awan kelabu dibias cahaya mentari menjadikannya keemas-emasan.

Photobucket

“Allahuakhbar, cantiknya suasana ni” desisku dalam hati. Ingin saja kudeklamasikan panorama ini pada dunia. Betapa indah terukir dipenjuru nukilan. Sesungguhnya ini sesuatu yang baru dalam hidupku. Kulewati penuh kesyukuran suatu destinasi yang tidak akan bisa aku padam dalam buku memori. Seingat aku, sudah banyak kali aku menonton matahari naik di pantai atau di pulau. Tapi panoramanya amat berbeza. kabus yg menutupi keseluruhan udara membuatkan kami berasa seolah-olah berada di awan-awangan..seolah-olah di dunia fantasi. sedar tak sedar, matahari kini sudah tega berdiri..kabus kian menghilang .hari ini adalah hari terakihir kami di jelawang jungle.. kami mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan guide-guide baha’s camp di pondok guide. .uncle Adam(rempit) tu ramah juga orgnya..kami dipelawa untuk melihat info yang ada kat pondok tu..paper cutting n’ photos.. after hav our late breakfast, kitorang dibawa utk mandi manda kat kolam puteri.. tapi agak malang bagiku sebab tidak boleh berenang ..kolam puteri ni agak dalam…seterusnya, kami dibawa pula untuk ke telaga tujuh dimana disitu terdapat 6 buah telaga yang dapat dilihat. Lagi satu telaga, menurut uncle adam, kalau diizinkan, kita dapat melihat telaga itu. Pada mulanya, aku, dayah dan Farah, mula-mula berdalih untuk kesitu..Tapi malangnye, abg Ed, beria-ia ajak kami naik ke telaga tujuh..katenya bukan senang nak datang kesitu..bersetuju dengan kebenaran kata-kata Abg Ed, kami mengikuti dia naik ke telaga tujuh dengan hanya berkaki ayam. Bukan setakat melihat, kami dipaksa masuk ke telaga itu dan merasa sendiri apa yang ada di dasar telaga itu seorang demi seorang. Telaga tu agak dalam membuatkan aku sedikit gerun. Sebelum masuk, kami dinasihatkan supaya membuat hajat dan berselawat.

Jam menunjukkan tepat pukul 3 petang, kami beransur-ansur meninggalkan base camp. Sebelum itu, kami mengambil gambar berlatarbelakangkan gerbang baha’s camp. Terasa sayu waktu melangkah pergi. Bilakah aku akan kembali meneroka hutan disini. Persoalan itu bermain jauh disudut hati. Setelah hampir satu jam lebih, kami sudah pun berada di Stong Hill Resort. Menunggu van yang akan membawa kami ke Stesyen Keretapi Dabong.”

petang itu hujan turun agak lebat disertai guruh dan kilat sambung menyambung. Terdetik di fikiran, mujurlah sepanjang ekspedisi, cuaca tidaklah seteruk itu, Di stesyen Dabong, kami mula rapat..di stesyen dabong ini juga meninggalkan kenangan yang tidak terhingga…setelah menunggu lebih kurang 20 minit, train kami pun tiba.. terasa sedih menyelubungi perasaan bagai mendung dikaki langit, menanti saat untuk dilepaskan disaat keretapi mula bergerak meninggalkan destinasi unik itu.. Kelihatan abang poji yang turut mengiringi pemergiaan kami. Disitu, terukir satu janji ”kita akan berjumpa lagi.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like My Page

Text Me

Subscribe